SINDIR-SINDIR SAYANG

Thursday, 1 October 2009

HADIRI JEMPUTAN FORUM KHAS 50 TAHUN BAHASA MELAYU DAN PELANCARAN MICROSOFT OFFICE BAHASA MELAYU BRUNEI DIANJURKAN DBP & KERJASAMA RTB



Berakas. Pada hari Selasa,malam Rabu iaitu 29hb September bersamaan 11 Syawal 1430,Jam 8:00 mlm. Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP) telah menganjurkan Forum Khas 50 tahun Bahasa Melayu sebagai Perlembagaan Negara Brunei (1959-2009) dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei.Atur cara diadakan bertempat di studio 4,Kompleks Penyiaran Baru Radio Televisyen Brunei ,Sungai Akar.Sesi forum khas dibawakan oleh tiga orang final dan dipengerusikan oleh Dr.Haji Mataim bin Bakar dalam membicarakan tentang tema Bahasa Melayu dalam Perlembagaan :Laluan,Cabaran dan Harapan.Bagi memberkati majlis itu dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan doa Selamat.Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Dato Seri Setia Dr.Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat,Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan dengan melancarkan projek pembinaan microsoft office dalam bahasa Melayu untuk Brunei Darusslama: Penyemak Ejaan (Spelling checker)

Hadir memeriahkan majlis tersebut terdiri dari para jemputan yang diundang.

No comments: