SINDIR-SINDIR SAYANG

Friday 14 May 2010

BERJAYA SAMPAI KE PUNCAK GUNUNG KINABALU

Lakaran sejarah bermula, Serombongan pendaki gunung Kinabalu telah pun sampai mendarat di puncak gah.....Beberapa peserta kami sudah pun awal sampai di puncak gunung Kinabalu
pada pukul 5 subuh.Kami semua merasa gembira bila menjejaki puncak gunung Kinabalu.Ketika berdiri di puncak gunung Kinabalu itu, suasana pemandangannya begitu indah sekali.=Desingan angin kuat tidak sunyi menampar-nampar tubuh kami.Kelihatanya banyak lereng-lereng gunung terpacak disebalahnya. Di sana beberapa gunung-gunung yang dapat dikenali namanya seperti: Gunung Alexandra, Gunung Perempuan hodoh,Gunung Kind Edward,Gunung St.John,Gunung Selatan, Gunung Tungku Abdul Rahman dan Gunung Donkey Ears.Pendakian menuju ke gunung Kinabalu ini sungguh mencabar. Jarak jauh pendakiannya lebih kurang dari 2km jauhnya,akantetapi setelah serombongan kami sudah sampai ke sana timbul rasa kepuasan yang tidak terjangkau dengan kata-kata...........










SINDIR-SINDIR SAYANG : Penulis Bloger kagum tentang kagungan dan KebesaranTuhan yang menciptakan lereng-lereng gunung begitu indan dan mempesona mata yang memandangnya. Sewajibnya kita bertafakur tentang ciptaan-Nya dan merapak kesyukuran serta memuji kebesaran-Nya......


MENDAKI KE PUNCAK GUNUNG KINABALU

3hb April 2010,Sabtu. Serombongan Pendaki kami dan pendaki-pendaki luar negara memulakan pendakian ke gunung Kinabalu pada pukul 2:00 pagi.Sebelum itu,bagi memberkati Perjalanan kami semua, Bacaan Al fatihah dan doa beramai-ramai yang di ketuai oleh Haji Amir Iskandar.

Sepanjang di dalam pendakian Ke gunung Kinabalu,Berbagai ranjau-ranjau telah ditempuhi oleh Para pendaki.Kelihatannya cuaca di subuh itu amat terang sekali dengan dihisai bulan yang mengembang,Pemandangan di lereng-lereng pergunungan itu begitu mengkagumkan bila memandangnya.Terasa jua kedinginan mengigit-gigit bila desiran angin yang dingin mendesing-desing bunyinya itu menerobosi di kulit kami,Walaubagaimana pun kami sambut cabaran itu dengan kecekalan hati yang kuat.

Di dalam pendakian gunung Kinabalu itu, salah seorang peserta perempuan kami mengalirkan airmatanya kerana mungkin mengalami sakit perut.Dia sering muntah-muntah ketika meneruskan perjalanannya.Mujur ada teman-teman kita yang membantu dan memimpinnya
dengan memberikan semangat yang kuat kepadanya.

Bagi penulis blog, peserta perempuan (Tak payah disebut namanya ya....! ) yang malar muntah-mutah ini nampak kurang fit dan belum siap siaga untuk mengikuti aktiviti tahan lasak.Bagi peserta-peserta yang ingin mengikuti aktiviti-aktiviti tersebut wajarlah bercermin dalam dirinya....(Tanya diri sendiri ) Fitkah aku atau tidak.....! ? Kalau Fit...Alhamdulillah.....Kalau tak fit....Usahakan Fit selalu.....perbanyakanlah latihan jogging......Mun tak fit tapi mau ikut menyertai mendaki gunung Kinabalu jua....Au.....! fikir bukan lagi dua kali tapi sepuluh kali.......









Tuesday 11 May 2010

SEROMBONGAN PENDAKI SAMPAI DI PENGINAPAN GUNTING LAGADAN DI LABAN RATA

2hb April 2010, Serombongan Pendaki Gunung telah sampai di Laban Rata.Sebelum itu, mereka melakukan check-In di Penginapan Gunting Lagadan. Suhu cuacanya lebih kurang 2 celcius,Keadaan cuaca di sana begitu dingin dan menyejukan.Apa lagi kalau nak mandi...Au .....!
Fikir jua 10 kali.....Bayangkan saja air sejuknya macam air ais batu................Mun mandi lama-lama di sana ........Ia tah mudah tulang badan kitani sakit dibuatnya.........Selepas berehat seketika, kami terus makan malam di restoran Laban Rata.Berbagai jenis masakan dihindangkan di sana.Suasana Pemandangan di laur restoran Laban Rata sungguh indah dan cantik sekali.Kebanyakkannya dihiasi flora dan fauna yang menghijau serta dibelakangnya kelihatan gunung Kinabalu.Tambahan lagi kita boleh melihat aspal-aspal awan mengerumuni kita beriadah di sana , sekali sekali aspal-aspal awan itu menukup pandangan mata bila kita melihat pemandangan di sana.Sememangnya perjalanan di sana memang memenatkan tapi menyeronokan,Ada juga Salah seorang dari peserta kami terpaksa berpatah balik disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.Kita perlu simpati pada beliau.Mudah-mudahan kesihatan beliau kembali sembuh dan dia dapat beraksi mendaki ke gunung Kinabalu semula.
Inilah cabaran aktiviti tahan lasak yang menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta.Bagi yang hendak berkeinginan mendaki gunung Kinabalu...Sewajarnya mempersiapkan dan melengkapkan dirinya dengan ketahanan mental dan fizikal, bukan hanya memikirkan barang-barang yang berjenama hendak di bawa ke sana. Apa yang Penting semangat kuat dan kerjasama yang harus ditonjolkan.....

SEROMBONGAN PELANCONG BERIADAH MENUJU KE LABAN RATA

2hb April 2010, Serombongan pelancong dari luar negeri seperti Cina,Japan,Korea,
Malayisa Semananjung ,Brunei Darussalam dan negera-negara lain juga tidak melepaskan peluang berkunjung menyertai aktiviti-aktiviti seperti beriadah dan seterusnya ada sebahagiannya ikut mendaki ke gunung Kinabalu.

PEMANDANGAN INDAH SEPANJANG DI LABAN RATA

2hb April 2010 (Maaf ya....! kita rehat seketika....! )

PERJALANAN PENDAKI GUNUNG DI LABAN RATA

2hb April 2010,Sebelum serombogan pendaki gunung bertolak dari Pintu Timpohan menuju ke Laban Rata.mereka terlebih dahulu membaca Surah Al Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Haji Amir Iskandar bagi tujuan memohon keberkatan kepada Allah agar destinasi mereka berjalan dengan selamat dan lancar.Apa yang diketahui, Jarak Perjalanan mereka tempohi sejauh 6 Kilometer.Mereka harus siap siaga dengan ujian ketahanan mental dan fizikal.
Mereka harus merentasinya dengan kecekalan hati yang kuat.

PARA PENDAKI GUNUNG KINABALU MENUJU KE TIMPOHAN GATE

2hb.4.2010,Jumaat. pada pukul 6.00 pagi. Kami semua check out dari hostel,Sebelum kami berangkat dari Kinabalu National Park menuju ke Timpohan Gate, Kami terlebih dahulu membuat warming up dan strectching beramai-ramai untuk mefitkan lagi stamina kami lebih hummmmm...... dan ada power.....! Sesudah kami warming up.....Kami berehat seketika untuk makan sarapan pagi di Cafe Balsam.Selepas itu, Kami semua dibawa dengan menaiki bas menuju ke Timpohan Gate.

MENDENGAR TAKLIMAT DISAMPAIKAN PENDAKI GUNUNG BERPENGALAMAN

1 April 2010, sebelemu para pendaki gunung mencek barang-barang di dalam beg dan tidur awal-awal.Mereka diberikan taklimat oleh salah seorang pendaki gunung yang berpengalaman.
Semua pendaki gunung berhimpun mendengar ucapannya yang memberangsangkan dan meng-
irahkan itu.Di harap para pendaki Gunung akan dapat mengambil ilmu yang bermenafaat yang disampaikan oleh Sipu kita iaitu Awang Damit.

SANTAI-SANTAI DAN MAKAN MALAM DI CAFE BALSAM

1 April 2010, malam, kami berkumpul semua untuk santai-santai sambil makan malam di cafe Balasam.Berbagai jenis makanan yang dihidangkan di cafe itu.Tamabahan lagi perut kami berkeroncong bunyinya. Apa lagi kita nyammmmmmm........! Nyammmmmmlah....(Mun faham bisai.....! )

SANTAI-SANTAI DI NATIONAL PARK LODGE GRACE & ROCK HOSTE

1hb April 2010, Kami telah sampai ke Kinabalu National Park Area. Di sana kami melaporkan diri untuk check - In di kawasan National park . Selepas itu kami terus memunggah barang-barang keperluan kami untuk di bawa ke penginapan kami di Rock Hostel dan Lodge Grace Hostel.

MENUJU KE KINABALU NATIONAL PARK,SABAH

1 April 2010, lebih kurang pukul 1 setengah, Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke kawasan Kinabalu National Park, Sebelum itu kami telah menyelusuri perjalanan kami dari Bandar KK menuju ke Tamparuli.Semasa di dalam perjalanan itu, kami telah melihat dengan kepala mata kami sendiri pemandangan Latar belakang gunung Kinabalu yang begitu menakjubkan sekali.