SINDIR-SINDIR SAYANG

Tuesday, 11 May 2010

SEROMBONGAN PENDAKI SAMPAI DI PENGINAPAN GUNTING LAGADAN DI LABAN RATA

2hb April 2010, Serombongan Pendaki Gunung telah sampai di Laban Rata.Sebelum itu, mereka melakukan check-In di Penginapan Gunting Lagadan. Suhu cuacanya lebih kurang 2 celcius,Keadaan cuaca di sana begitu dingin dan menyejukan.Apa lagi kalau nak mandi...Au .....!
Fikir jua 10 kali.....Bayangkan saja air sejuknya macam air ais batu................Mun mandi lama-lama di sana ........Ia tah mudah tulang badan kitani sakit dibuatnya.........Selepas berehat seketika, kami terus makan malam di restoran Laban Rata.Berbagai jenis masakan dihindangkan di sana.Suasana Pemandangan di laur restoran Laban Rata sungguh indah dan cantik sekali.Kebanyakkannya dihiasi flora dan fauna yang menghijau serta dibelakangnya kelihatan gunung Kinabalu.Tambahan lagi kita boleh melihat aspal-aspal awan mengerumuni kita beriadah di sana , sekali sekali aspal-aspal awan itu menukup pandangan mata bila kita melihat pemandangan di sana.Sememangnya perjalanan di sana memang memenatkan tapi menyeronokan,Ada juga Salah seorang dari peserta kami terpaksa berpatah balik disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.Kita perlu simpati pada beliau.Mudah-mudahan kesihatan beliau kembali sembuh dan dia dapat beraksi mendaki ke gunung Kinabalu semula.
Inilah cabaran aktiviti tahan lasak yang menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta.Bagi yang hendak berkeinginan mendaki gunung Kinabalu...Sewajarnya mempersiapkan dan melengkapkan dirinya dengan ketahanan mental dan fizikal, bukan hanya memikirkan barang-barang yang berjenama hendak di bawa ke sana. Apa yang Penting semangat kuat dan kerjasama yang harus ditonjolkan.....

No comments: