Pada hari Jumaat ,20th,November 2009, DST Group telah mengadakan sukan rumah-rumah dalam cabaran merentasi Bukit Shahbandar .Seramai lebih kurang 136 Pegawai dan kakitangan mengikuti aktiviti tersebut.Setiap para peserta dibahagikan empat bahagian rumah mereka masing-masing iaitu Sapphire,Diamond,Ruby and Jade.
Tujuan DST Group mengadakan Aktiviti sukan ini secara tidak langsung untuk mengeratkan perhubungan sesama para kakitangan dan pegawai dan juga mengambil berat tentang aktiviti
kesihatan mereka.
Keadaan cuaca panas di petang itu menguji Ketahanan mental dan fisikal para peserta di dalam merentasi bukit bukau yang bercuram .Tidak dinafikan juga sebilangan para peserta merasa keletihan sehingga kekurangan stamina dan tenaga disebabkan awal memacut tanpa mengatur strategi terlebih dahulu.Manakala juga ada beberapa orang peserta yang mengalami kecederaan
.Sungguhpun begitu semangat kesukanan dan setia kawan para peserta masih kental dan berkobar-kobar.
Di akhir pertandingan,Peserta lelaki iaitu Haji Matnaruddin bin Haji Ibrahim dari kumpulan Rumah Ruby telah memenangi tempat pertama berserta hadiah. Manakala peserta wanita Ainul (Maya) dari kumpulan Diamond telah memenangi tempat pertama berserta hadiah.
DST juga memberikan sijil penghargaan dan terima kasih kepada beberapa orang kakitangan
jabatan Jabatan Penjara dan Jabatan Hospital Ripas yang berkerjasama terlibat di dalam men-
jayakan program rentas cabaran bukit Shabandar.
SINDIR-SINDIR SAYANG : Sebelum memulakan aktiviti-aktiviti,jangan kitani lupa bacalah kalimah Allah sebagai pendinding diri daripada iblis syaitan ,jin dan manusia...Insyallah Allah akan melindungi kita semua...Amin
No comments:
Post a Comment