Pameran foto Penerangan Brunei dan Malaysia masing-masing menyumbangkan foto-foto: wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Raja-Raja Malaysia serta Pemimpin-Pemimpin negara di dalam pameran tersebut.
Selasa, Pameran Foto Penerangan Brunei Darussalam dan Malaysia 2009 telah di adakan di Giant Hypermarket Tasik Rimba selama 3 hari ,bermula pada 15haribulan Disember hingga 17 Disember 2009.
Orang ramai hadir menyaksikan pelbagai foto-foto yang dipamerkan antara dua buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Orang ramai juga dapat pengetahuan dan maklumat tentang foto-foto yang dipamerkan itu seperti Sejarah salsilah raja-raja,Pembangunan negara,Hari kemerdekaan negara Brunei Darussalam,hari Kemerdekaan Malaysia ,foto-foto Raja dan Pemimpin negara.Pameran Foto yang dipamerkan antara dua buah negara itu secara tidak langsung dapatlah lagi mengeratkan persefahaman dan silatulrahim
antara Negara Brunei Darussaalam dan Malaysia. (Foto-Foto di petik dari Pameran Foto Penerangan Brunei & Malaysia)
No comments:
Post a Comment