Khamis, 1 April 2010, Cuaca di pagi itu nampak cerah.Serombongan pendaki gunung Kinabalu telah merentasi di sempadan Terusan.Mereka memasuk di sempadan Terusan itu dengan terpaksa mecap pasport mereka masing-masing di Kawalan Pos Terusan. Selepas itu, serombongan Pendaki Gunung Kinabalu barulah meneruskan destinasi mereka ke tempat destinasi merkea tuju.Di tebing sungai Terusan pula, mereka terpaksa menunggu Feri Terusan datang mengambil kenderaan mereka.Bayaran cukai perjalanan dikenakan sepuluh Ringgit RM setiap kenderaan yang naik.Di dalam perjalanan kami melalui Feri terusan. Kami melihat sebuah jambatan yang di bina menyebarangi anak sungai Terusan itu 80 persen hampir siap.Ini satu berita baik bagi kenderaan-kenderaan yang ingin mengunakan jambatan,akantetapi sebaliknya bagi peniaga Feri tentu menerima berita yang buruk kerana kesan perniagaan mereka pasti terjejas dan terbantut gara-gara pembinaan jambatan.Mungkin pekerja-pekerja mereka semuanya golong tikar kerna mata pencarian mereka cuma mampu stakat hanya di situ. (Wallah waalam)...Jika difikirankan secara lojiknya ,Keadaan masa dan kapasiti di zaman teknologi kini, kenederaan yang digunakan oleh orang ramai semakin bertambah.Justeru itulah sesuai dan tepat masanya jambatan itu wajar digunakan untuk kemudahan orang ramai bagi mengelakan kesesakan dan menjimatkan masa dan tenaga peguna.
Menuju Feri Terusan
No comments:
Post a Comment