SINDIR-SINDIR SAYANG

Sunday 21 February 2010

BUKU ANTOLOGI PERSEORANGAN YANG BERJUDUL: NAKHODA MANIS PELAYARAN KE DUA KARYA PUASHA KHAMIS


Antologi Puisi Nakhoda Manis Pelayaran Kedua adalah Karya ke dua Puasha selepas karya novelet remajanya bejudul Sebuah Pondok di Bukit Kota yang terbit pada tahun 2004



Nama sebenarnya ialah Puasa Kamis. Beliau juga mengunakan nama nukilan Awang Puasa, Yasa Kamis, P. B. Kamis.Bidang genre penulisanya seperti puisi,cerpen, novel, esai and skrip drama TV. Beliau mula menceburkan diri di bidang penulisan semenjak tahun 1985, Karya-karyanya banyak terbit di majalah Mekar, Juara, Bahana, Dewan Sastera (Lembaran Mastera), URTV, Pelita Brunei, Media Permata and Radio Television Brunei. Beliau pernah memenangi Hadiah Kreatif Bahana DBP - Shell, Brunei pada tahun 1995 (katogori sajak ),(Kategori Cerpen - 1999) dan (Kategori - Haiku 2002).Nostalgia, puisi beliau terpilih di dalam Antologi Puisi Cermin Diri bersama penulis-penulis Brunei untuk dijadikan curriculum pelajaran sekolah menegah.Cerpen-cerpen beliau juga dimuatkan bersama penulis-penulis lain di dalam buku Antologi Cerpen Pilihan Jabatan Penerangan yang diterbitkan di pelita Brunei. Sebuah Pondok di Bukit Kota adalah Novelet Remaja beliau yang pertama yang terbit 2004, Kini Puasa Khamis
berjaya membukukan kumpulan Puisi Solonya yang mengandungi 130 tajuk puisi yang kebanyakannya pernah tersiar dalam Bahana, Pelita Brunei, dan Media Permata. Kumpulan Puisi beliau itu berjudul Nakhoda Manis Pelayaran ke dua.
Penulis blog ingin mengucapkan di atas kejayaan Puasha Khamis yang bertungkus lumus membukukan kumpulan puisinya.Sebagai Penulis dapat memahami bahawa bukannya mudah
membukukan sebuah antologi persendirian,jika tanpa ada pengorbanan ,perjuangan den ketabahan.Sememangnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.
Sindir-Sindir Sayang :Semua orang boleh menulis,tetapi menjadi penulis yang mempunya nilai kualiti seni bukannya semudah yang diucapkan dengan kata-kata.......

No comments: