SINDIR-SINDIR SAYANG

Tuesday 2 February 2010

RTB MENGADAKAN CARNIVAL MEDIA RTB 2010 DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA,BERAKAS

Pelancaran Carnival RTB 2010 di ICC Berakas

Bas disediakan untuk kemudahan orang ramai
Mohd Syukri (teman penulis blog semasa menuntut di teknikal) teknisyen RTB mengendalikan system yang sedang beroperasi dengan jayanya.

RTB mengendalikan Rancangan Bermukun secara langsung sempana RTB Carnival 2010 di ICC


Berakas, RTB telah mengadakan RTB Media Carnival 2010 di bangunan ICC (Pusat Persidangan Antarabangsa) selama tiga hari bermula pada 27hb. sehingga 31hb. Januari, 2010.Majlis pelancaran RTB Media Carnival 2010 telah diresmikan pelancarannya oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad Bin Haji Daud,Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri,Negara Brunei Darussalam.



Objektif utama RTB mengadakan Karnival ini untuk memberikan peluang orang ramai menyaksikan,mempelajari serta mengetahui lebih dekat lagi tentang bagaimana RTB mengendalikan dan beroperasi rancangan-rancangan dan system-system digital terkini.Di samping itu Orang ramai yang berkunjung juga dapat berinteraksi dengan krew-krew RTB yang ahli di bidang penyiaran dan teknikal Dalam mengendalikan rancangan di Karnival RTB di ICC dengan siaran secara langsung.RTB juga mengadakan pelbagai acara dan aktiviti yang dapat menghiburkan orang ramai yang berkunjung di sepanjang Karnival yang diadakan selama tiga hari itu seperti ; kuiz, hiburan nyanyian, bertemu dengan artis-artis tempatan, Bakat-Bakat melalui pertandingan Amplified (pertandingan kugiran), I Got Talent ! ,pertandingan samada menyanyi/bermain alat musik/silap mata/dan lain2, Seni Sandiwara (pertandingan berlakon),Memukun pantun, Ingat-Ingat Lupa! dan lain-lain lagi.Selain itu,rakan penganjur juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti-aktiviti lain seperti gerai-gerai perniagaan Winter Park,KidS Winderlands dan sebagainya.
Orang ramai juga dapat berpeluang mengetahui akan projek perkembangan RTB untuk menuju kearah Perkhidmatan Penyiaran Digital TV, Media Baru, penggunaan teknologi High Definition.
Bersama itu juga , RTB telah mengadakan Majlis Malam Anugerah 2009 di Dewan Utama (Main Conference Hall) Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada malam kemuncak RTB Media Karnival 2010 secara langsung di televisyen. Malam Anugerah 2009 itu.Tujuan RTB mengadakan Program itu untuk semata-mata memberikan pengiktirafan kecemerlangan kepada mereka-mereka yang berjaya menampilkan bakat dan seterusnya bejaya didalam industri penyiaran dan hiburan kerpada para Artis, Pelakon, Penyampai Radio & TV dan Penerbit Tempatan

Penulis Blog A.R.Romzi mengucapkan Sekalung Tahniah kepada RTB kerana berjaya mengungkayahkan dan menganjurkan majlis pelancaran RTB media Kranival 2010 selama tiga hari dengan jayanya. Atas inistif RTB mengadakan Karnival itu,ianya telah mendapat respond dan sambutan orang ramai.

No comments: