SINDIR-SINDIR SAYANG

Monday, 1 March 2010

PERARAKAN BAGI MEMPERINGATI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI TAMAN OMAR ALI SAIFUDDIN BANDAR SERI BEGAWAN BRUNEI





















Kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah umpama cahaya yang menelan kegelapan di alam maya ini. Bagindalah seorang nabi dan rasul pembawa rahmat di sarwa alam.Rasulullah memiliki keperibadian yang unggul dan mulia.Rasulullah diutus menjadi rasul untuk menyempurnakan akhlak manusia di alam semasta ini.Baginda seorang yang cerdik dan bijaksana baik dari segi sasterawan ,ahli niaga, ahli politik, peperangan (semata-mata membela ugama Allah) pemimpin,ahli falsafah. Beliau juga diberi gelaran Al-Amin (Orang yang mudah dipercayai). Baginda seorang manusia biasa tetapi mempunyai martabat yang tinggi di sisi Ilahi. Baginda adalah kekasih Allah dan kekasih umat jagat ini. Baginda adalah membawa rahmat ke seluruh alam (ahmatan lil lamiin), Baginda juga adalah orang yang paling dihormati daripada sekalian makhluk (shraful Makhluqin) dan baginda juga penutup bagi sekalian nabi dan seorang rasul (Khatamul anbiyai wal –Mursalin, Baginda seorang rasul ulul Azmi yang paling unggul.Baginda adalah insan kamil, syumul,masum lagi sempurna.
Baginda mempunyai sifat-sifat terpuji. Alquran adalah merupakan mukjizat dan akhlak baginda. Keperibadian baginda menjadi contoh tauladan pada umatnya. Baginda menyebarkan ugama islam untuk membentuk manusia ke arah jalan yang benar semata-mata menuju kebahagian dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat.Baginda menegakan kebenaran dan keadilan semata-mata membela kaum yang lemah.Tugas yang dipikul oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam amatlah berat sekali.Segala pengorbanan,ketabahan,kecekalan dan keberaniannya memperjuangkan ugama Allah merupakan sifat semulajadi yang dimiliki Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam .Sesungguhnya manusia biasa tidak dapat menanggung tugas yang amanahkan oleh Allah itu.Sebab itulah baginda adalah seorang rasul yang mempunyai sifat-sifat keistemiwaan yang mulia.Selain daripada empat sifat iaitu Sidq(benar),Amanah (kepercayaan),Tabligh(menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana) itu,Keutamaan sifat sabar,tabah dan tekun juga dimiliki oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebagai seorang rasul ulul Azmi, Nabi Muhammad menjalankan tugasnya tanpa mengenal penat lelah.

Al-hamdulillah pada tahun ini,seluruh umat islam bukan saja di Brunei Darussalam malah juga di negara-negara islam yang lain turut memeriahkan perarakanan sambutan maulidur rasul . Hari ulang tahun keputeraan Rasulullah memberi makna cukup mendalam kepada seluruh umat manusia……
Sebagai umatnya, kita layak mencintai,mengasihi dan mengingati segala perjuangan dan pengorbanan rasullullah yang banyak membela dan mengasihi umatnya di dalam menegakan syariat ugama yang diturunkan Allah kepada baginda.

No comments: